Tuesday, March 8, 2011

untuk sahabat(rantaian hidup kisah abadi)




"untuk buka @ dengar video di atas sila klik button 'stop' untuk lagu yang ada di bawah ni k . ;) thanx ."

Firstly , reasons napa pilih video di atas sebab bentuk persembahan yang di paparkan oleh aizat. menarik . Dia bawa kita kembali kepada kenangan masa di zaman persekolahan. kebetulan tergerak hati mahu mengimbas balik dan tulis psl kisah-kisah dulu . kalau mau cerita mmg panjang sgt . saat-saat lucu , saat-saat ketawa bersama , saat -saat sedih , kegagalan , penyesalan, kehilangan dan sebagainya . semua tu masih tersimpan dalam memori ini .

Awal-awal pagi bangun selepas subuh , open lappy then discovered satu lagu yang mengundang kembali kisah-kisah masa zaman sekolah . tak sangka hidup berlalu dengan begitu pantas. waktu itu kita tak pernah lepas dari melalui saat-saat kehidupan yang penuh dengan ketawa , riang ria , saat-saat kesetiaan kita pada sahabat , pemberi semangat kepada sahabat , berdiri seiring bersama - sama dalam apa jua keadaan .. semua ni saat-saat yang sangat indah . dan kita juga tak pernah lari daripada melalui saat-saat kehidupan yang penuh dengan tangisan dan kesedihan , perpisahan , kehilangan .. bila semua ni sudah berlalu , perlahan-lahan kita pasti akan merindui zaman itu di mana kita baru mahu belajar berdiri dengan sendiri , baru mahu belajar untuk bangkit kan keyakinan , baru mahu belajar untuk mengenal erti kehidupan sebenar .. yakin lah semua itu bermula dari bawah . siapa kita sekarang adalah dari pembentukan yang diberi semasa kita sejak kecil lagi , kadang-kadang juga apa yang kita jadi sekarang tidak dapat dibuktikan semasa kita sekolah .. kegagalan itu sentiasa ada , dan dari kegagalan juga membawa kita kepada penyesalan . Dan dari penyesalan akan berubah menjadi satu perubahan . setiap daripada kita mampu mengubah apa yang pernah kita sesalkan. bukti kejayaan bukan pada 'sekeping kertas' tetapi pada kehidupan sebenar .. kehidupan yang kita jalani adalah bukti samaada kita berjaya atau tidak . tetapi kita sedia maklum bahawa manusia yang ingin berjaya di dunia perlukan pengiktirafan untuk membuktikan kejayaan, itu tiada salahnya.. kerana seorang GURU juga mentakrifkan kejayaan seseorang pelajarnya itu pada ujian atau 'task' yang diberi kepada pelajar tersebut samada dapat dilaksanakan dengan baik atau tidak . setelah berjaya pada 'task' yang diberikan , kejayaan sudah semestinya akan beralih pula pada kehidupan sebenar . tetapi kami sebagai manusia(pelajar) juga tidak pernah terlepas daripada leka , suka mensia-siakan masa yang ada , sikap suka menangguh-nangguhkan kerja ,sikap suka pada hiburan dunia semata-mata tanpa memikirkan kita mungkin akan menghadapi kegagalan . Itulah hidup . tetapi kesedaran itu tetap ada dan ada pelbagai cara untuk mengubahnya dan memulakan sesuatu kejayaan yang pasti . banyak jalan bagaimana kita ingin melakukan perubahan , banyak cara kalau kita ada kesungguhan . yang penting niat atau nawaitu yang ada pada diri sahaja yang mampu membangunkan kita daripada terjatuh ataupun daripada menghadapi kegagalan . kegagalan tidak beerti untuk selamanya . dan sebagai manusia yang ada pegangan agama, kita tidak akan mahu hanya berjaya di dunia sahaja , tetapi juga pada alam yang dikehendaki Nya juga .Hidup berputar bagai roda , yang kita perlu hanya sedikit masa untuk mengubah hidup .. kesungguhan yang terletak pada diri kita akan menjadi kesinambungan kepada sebuah kehidupan . dunia dan hari yang di janji Nya pasti akan mengundang kesedaran yang hakiki . Insyaallah .

::Sahabat::

ku ambil kesempatan ini untuk menceritakan kisah kami (sahabat2 seagamaku) yang banyak bawa erti kehidupan sebenar . kami sama-sama saling mempunyai arah hidup yang pasti .. apa sahaja yang dilakukan semuanya 'BERSAMA'. Lalui perit getir kehidupan yang banyak membawa pengenalan pada hidup . kebimbangan untuk mengecewakan keluarga sudah semestinya ada pada setiap diri kami . kami juga tidak pernah lari daripada rungutan dan juga rintihan . tetapi tiba pada satu saat di mana kami terhantuk dan tersentak atau dalam erti kata lain tersedar akan adanya alam lain yang perlu kami tuju untuk mencapai kejayaan . Alam itu sesiapa yang mengalami sahaja yang tahu . kehadiran NUR atau cahaya daripada Allah menerangi hidup kami semula yang pada suatu ketika dahulu pernah gelap . tapi kini jalan kami terarah dan akhirnya menuju kepada sesuatu yang pasti .. iaitu dengan adanya kwujudan yang Abadi kami memilih jalan yang sempurna di mata Nya . kasih dan sayang Allah pada kami masih ada , dan tidak akan lagi kan mensia-siakan nya . insyaallah . keinginan ku untuk mengikuti sahabat ku menuju ke jalan Allah(belajar agama 'Hafizah') tidak tercapai dengan adanya beberapa halangan . tetapi disini , di saat aku dalam kesendirian aku sedang berusaha mengabdikan diri ku kepada Nya atau sesuatu yang pasti . banyak lagi yang perlu ku pelajari , banyak lagi yang perlu ku jalani .. dan aku pasti dengan keinginan dan niat yang masih ada dalam diriku akan membawa aku untuk mengikuti jejak mu , kerana aku sudah berjanji padamu wahai sahabatku .. kita akan melakukan ini bersama - sama . yakinlah akan ada masanya aku juga turut serta . dunia ini hanya sementara . dan harapan ku untuk pergi ke sana pasti akan dimakbulkan Allah . mungkin yang ku perlukan hanya masa . insyaallah .

"AKU PASTI KEJAYAAN MILIK KITA BERSAMA"

Sahabat ,
mengenal mu adalah sesuati yang indah .. keabadian persahabatan yang terjalin pasti tersemat di hati . percayalah bahawa doa akan sentiasa ada untuk mu sahabat .. bahagia dengan kesungguhan ini . tersenyum dengan perubahan ini . :') Alhamdulillah tuhan itu menyayangi kita . kejayaan kita pasti akan terbukti di mata Nya .. insyaallah .

Semoga niat kita diteguhkan dan diabadikan di dalam diri . AMIN .

Aizat ( kau dan aku) lirik

Kau dan aku ,adalah satu
Tak kira apa
Segala rintihan aku ,engkau selalu ada
Biar kata memisah kita
Biarkan saja
Kerana terbiasa

Chorus :
Mengejar mimpi ,yang pasti akan aku
Sentiasa merasa kehilanganmu
Ku akan tunggu saat bertemu
Tiada henti
Walau dimana kita berdiri
Di dalam dunia ini
Biar sampai akhirnya nanti

Semua tak terang di mataku ,walau warnanya menyala
Ingin merasa namun aku takkan cuba
Biar kata memisah kita
Biarkan saja
Kerana terbiasa

Mengejar mimpi ,yang pasti akan aku
Sentiasa merasa kehilanganmu
Ku akan tunggu saat bertemu
Tiada henti
Walau dimana kita berdiri
Di dalam dunia ini
Biar sampai akhirnya nanti
Biar sampai akhirnya nanti

http://www.liriklagupopular.blogspot.com

1 comment:

Fleet like a butterfly & grow like a flower ! Look Forward & have courage onto anything u do . :)