Wednesday, March 9, 2011

Hijab Pada Hati

::Membenteng peribadi kita::


Kalau peribadi telah terbangun dan diberi benteng yang tidak mudah runtuh kembali, sudahlah masanya kita menceburkan diri ke tengah pergaulan ramai. Kekuatan peribadi bukanlah maksudnya untuk menyisihkan diri dari orang yang banyak. timbulnya peribadi adalah setelah dibawa ke tengah. Barang yang telah dibawa ke tengah ialah barang yang sudah dibangun, dan dia selalu wajib dibersihkan, digosok terus dan diberi cahaya terus. (Surah Al mu' minun)



kehadiran insan-insan yang berhati besar, membuka lembaran ku tiap-tiap hari untuk menulis . kesungguhan dalam meniti titian ini memberi sejuta ketabahan kepada diriku untuk terus melangkah dan mengembara ke dalam hati sendiri. cuba memahami apa yang tersirat di hati dan mungkin lama membungkam yang tiada tempat untuk dicurahkan. keyakinan yang ada pada diri telah membawa ku untuk memasang dan merancang pelbagai niat yang suci yakni sesuatu yang diredhaiNya mahupun sesuatu yang membawa aku ke jalan Nya yang benar. niat itu telah lama ada dalam fikiran dan hati, hanya tinggal untuk dilaksanakan sahaja. ku biarkan saja waktu mengatur segalanya. nawaitu untuk menutup aurat sepenuhnya di khalayak ramai telah lama terpatri. telah lama ada keinginan seperti itu, cuma mungkin ku perlu masa yang berharga ini untuk membetulkan niat, menyucikan jiwa , membersihkan hati, meyakinkan diri, dan mengukuhkan iman. apa yang ku mahu ialah bahawasannya memakai tudung dan menutup aurat itu adalah kerana Allah swt dan bukannya untuk berselindung dan menutup diri daripada terlihat oleh orang ramai dan bukannya menutup kerana ikhlas atau dengan niat ingin menutup aurat kerana Allah swt. benteng peribadi yang ada mungkin masih belum cukup kuat. bagiku, biarlah rambut dan anggota badan itu ditutup sebagaimana kita ingin menutup pintu hati kita yang kotor , sebagaimana kita ingin menutup pintu hati kita daripada melakukan sesuatu yang salah atau mungkar di sisi Allah . sukacita ingin kujelaskan pendapat ku ini sekiranya ada kekeliruan, bukan lah maksudku kita kaum wanita tidak perlu memakai tudung sewaktu kita cuba ingin menyucikan jiwa , kerana ada juga yang sedang menyucikan jiwa ketika dia sudah memakai tudung dan ada juga yang sedang menyucikan jiwa ketika dia belum memakai tudung . semua bergantung kepada keperibadian masing-masing. ada juga hamba Allah yang walaupun dia tidak bertudung tapi hatinya sangat mulia dan tidak sesekali melupakan tuhan. di situlah kita dapat lihat benteng keperibadian seseorang .cuma langkah paling terbaik dan memang sudah sesungguhnya suruhan Allah dan agama kita bahwa wanita mestilah menutup auratnya agar terhindar dari dosa. membuka aurat itu adalah dosa . apa yang ku mahu juga adalah untuk tidak mencemarkan agama ku sendiri apabila tudung atau hijab itu sudah menutup auratku , kain itu sudah menutup tubuhku. kerana 'tudung' atau 'hijab' itu adalah tanda bahawa engkau ialah seorang muslim . jadi dengan itu , orang-orang yang melihatmu tahu bahawa engkau adalah seagama dengan mereka (orang islam), dan sudah semestinya kamu tidak mahu melihat perkara yang tidak elok apabila seseorang itu sudah memegang nama islam pada tubuh badan nya dengan memakai tudung. apa yang ingin kamu lihat adalah sesuatu yang elok sebagaimana eloknya dia memakai hijab pada dirinya . sudah semestinya kamu tidak ingin sahabatmu mencemarkan agama yang turut kamu pegang , bukan begitu? biarlah perangai , tingkah laku kita dijaga apabila hijab sudah menutupi diri. kalau masih ingin menikmati dunia dan merasakan belum sampai masanya , lebih baik tidak payah memakai tudung kerana itu sama sahaja dengan mempersendakan agama sebagaimana setiap helai rambut di hitung sebagai suatu dosa. tingkah laku seperti melakukan perkara (dosa) sedangkan dia itu adalah wanita islam yang memakai tudung, itu sama sahaja dengan mengkhianati agama sendiri.(dari apa yang ku baca) beringat la bahawa sekiranya, tudung itu dipakai mestilah dengan Niat ingin menutup aurat mu kerana Allah swt. astaghfirullahalazim, minta maaf sekiranya saya menyinggung hati sesiapa yang terbaca. saya juga sebagai hamba Allah yang tidak sempurna , tidak pernah lari daripada melakukan kesalahan-kesalahan(dosa-dosa kecil atau besar). tetapi tidak lah pernah tudung atau hijab itu saya persendakan hingga boleh mendatangkan fitnah orang.(insyaAllah semoga dijauhkan daripada fitnah orang yang salah menilai). apabila berhadapan dengan tuhan dan memohon ilmu yang suci daripada Allah swt, aku akan lengkap dengan hijabku, tudungku . tetapi mungkin sahaja aku belum bersedia untuk memakai nya sewaktu berada di khalayak orang ramai dan dengan perlahan-lahan akan ku cuba mengubahnya . sudah sememangnya niat suci itu sebati dalam hati ku sejak sekian lama. INSYAALLAH . dengan Izin Nya , hijab itu akan terlihat menutupi diri dengan sempurna sekali . akan ku titip artikel yang ku tulis ini sebagai peringatan akan sebuah janji bila aku terlupa kembali . insyaAllah .




What is Hijab ?
The majority of the so-called Muslim countries use the Arabic word "Hijab" for "Muslim" dress, and it has come to mean that women must cover everything except their eyes. This is exemplified in Afghanistan now, or more moderately, in Iran and some other "Muslim" countries where the women cover all of their bodies except face and hands. But the word "Hijab" has nothing to do with Muslim dress. As we will see, "Hijab" in the Quran means a combination of physical and spiritual barriers. In some "Muslim" countries, a woman’s space is also decreed by using the word hijab. She is asked to stay home and not leave the house. All the above restrictions have come about because of the misunderstanding of the verse 33:53 where the Almighty says to speak to the prophet’s wives from behind a barrier (hijab). Let us go to the source.

insyaAllah .. semoga tudung @ hijab yang bakal mengusung nanti diberi kesempurnaan dan Semoga perubahan dan cara pemakaian tidak jadi bahan perbualan orang kelak .
Doa-doa kamu juga ku perlukan wahai sahabat-sahabat ku agar niat ini kukuh berdiri dan berjalan dengan sempurna . Tidak perlu aku memberi pengenalan tentang siapa aku yang sebenarnya, biar orang yang terdekat atau keluarga terdekat sahaja mengenali asal-usulku, kerana apa yang perlu kamu tahu sahabat-sahabat seagamaku ialah bahawa Ayah ku merupakan seorang mualaf dari Eurasian (seorang ayah yang telah meninggalkan ku) , namun hidup ku masih sempurna dikelilingi oleh keluarga dan saudara mara sebelah ibuku dan juga kawan-kawan yang berada disekelilingku yang memang taat kepada ajaran islam dan telah lama menapak di Sabah, Malaysia sebagai orang tempatan. :))) Aku bahagia dikelilingi orang-orang yang menyayangi ku .

ini adalah link dan video yang ku jadikan sebagai iktibar dan diberikan kepada anda untuk menilai baik dan buruknya .


:: DOA ::
Allahumma innii As. Aluka hubbaka wa hubba man yuhibbuk, wal ‘ amalal ladzii yuballighunii hubbak. Allahumaj’al hubbaka ahabba ilayya min nafsii wa ahlii wa minal maa-il baarid .

Artinya:
Ya Allah , sesungguhnya saya mohon kepada Mu untuk tetap mencintai kepadaMu , dan orang yang Engkau cintai , serta dapat beramal yang menyampaikan kepadaku untuk mencintai kepadaMu. Ya Allah berkenan lah kiranya ENGKAU menjadikan cinta kepadaMu melebihi cintaku terhadap diriku sendiri, keluargaku dan dari air yang sejuk .

Robbisyroh lii shodrii , wa yassir lii-amrii , wahlul ‘uqdatan min lisaanii , yafqohuu qowlii . waj’al lii waziiro min ahlii , haaruuna akhii . usydud bihii-azrii , wa asyrik . Hu fii-amrii . kay nusabbihaka katsiiroo , wa nadzruko katsiiroo . Innaka kunta binaa bashiiroo .

Artinya :
Ya Allah berkenanlah kiranya ENGKAU melapangkan dadaku , dan permudahkanlah urusanku , dan melepaskan kekakuan lidahku, agar supaya mereka faham ucapanku . Dan berkenanlah kiranya ENGKAU menjadikan untukku seorang pembantu dari keluargaku , iaitu Harun saudaraku . Dengannya teguhkanlah kekuatanku , dan jadikanlah dia sebagai kawan dalam urusanku . Agar kami senang bertasbih sebanyak-banyaknya kepadaMu , dan berdzikir sebanyak-banyaknya pula kepadaMu . Sesungguhnya ENGKAU Maha mengetahui dengan keadaan kami .
Amin .


Inspired by ,
Tafsir Al-Azhar (Tafsir Al-quran, Juzu 18-19-20-21) Book .

Tuesday, March 8, 2011

untuk sahabat(rantaian hidup kisah abadi)




"untuk buka @ dengar video di atas sila klik button 'stop' untuk lagu yang ada di bawah ni k . ;) thanx ."

Firstly , reasons napa pilih video di atas sebab bentuk persembahan yang di paparkan oleh aizat. menarik . Dia bawa kita kembali kepada kenangan masa di zaman persekolahan. kebetulan tergerak hati mahu mengimbas balik dan tulis psl kisah-kisah dulu . kalau mau cerita mmg panjang sgt . saat-saat lucu , saat-saat ketawa bersama , saat -saat sedih , kegagalan , penyesalan, kehilangan dan sebagainya . semua tu masih tersimpan dalam memori ini .

Awal-awal pagi bangun selepas subuh , open lappy then discovered satu lagu yang mengundang kembali kisah-kisah masa zaman sekolah . tak sangka hidup berlalu dengan begitu pantas. waktu itu kita tak pernah lepas dari melalui saat-saat kehidupan yang penuh dengan ketawa , riang ria , saat-saat kesetiaan kita pada sahabat , pemberi semangat kepada sahabat , berdiri seiring bersama - sama dalam apa jua keadaan .. semua ni saat-saat yang sangat indah . dan kita juga tak pernah lari daripada melalui saat-saat kehidupan yang penuh dengan tangisan dan kesedihan , perpisahan , kehilangan .. bila semua ni sudah berlalu , perlahan-lahan kita pasti akan merindui zaman itu di mana kita baru mahu belajar berdiri dengan sendiri , baru mahu belajar untuk bangkit kan keyakinan , baru mahu belajar untuk mengenal erti kehidupan sebenar .. yakin lah semua itu bermula dari bawah . siapa kita sekarang adalah dari pembentukan yang diberi semasa kita sejak kecil lagi , kadang-kadang juga apa yang kita jadi sekarang tidak dapat dibuktikan semasa kita sekolah .. kegagalan itu sentiasa ada , dan dari kegagalan juga membawa kita kepada penyesalan . Dan dari penyesalan akan berubah menjadi satu perubahan . setiap daripada kita mampu mengubah apa yang pernah kita sesalkan. bukti kejayaan bukan pada 'sekeping kertas' tetapi pada kehidupan sebenar .. kehidupan yang kita jalani adalah bukti samaada kita berjaya atau tidak . tetapi kita sedia maklum bahawa manusia yang ingin berjaya di dunia perlukan pengiktirafan untuk membuktikan kejayaan, itu tiada salahnya.. kerana seorang GURU juga mentakrifkan kejayaan seseorang pelajarnya itu pada ujian atau 'task' yang diberi kepada pelajar tersebut samada dapat dilaksanakan dengan baik atau tidak . setelah berjaya pada 'task' yang diberikan , kejayaan sudah semestinya akan beralih pula pada kehidupan sebenar . tetapi kami sebagai manusia(pelajar) juga tidak pernah terlepas daripada leka , suka mensia-siakan masa yang ada , sikap suka menangguh-nangguhkan kerja ,sikap suka pada hiburan dunia semata-mata tanpa memikirkan kita mungkin akan menghadapi kegagalan . Itulah hidup . tetapi kesedaran itu tetap ada dan ada pelbagai cara untuk mengubahnya dan memulakan sesuatu kejayaan yang pasti . banyak jalan bagaimana kita ingin melakukan perubahan , banyak cara kalau kita ada kesungguhan . yang penting niat atau nawaitu yang ada pada diri sahaja yang mampu membangunkan kita daripada terjatuh ataupun daripada menghadapi kegagalan . kegagalan tidak beerti untuk selamanya . dan sebagai manusia yang ada pegangan agama, kita tidak akan mahu hanya berjaya di dunia sahaja , tetapi juga pada alam yang dikehendaki Nya juga .Hidup berputar bagai roda , yang kita perlu hanya sedikit masa untuk mengubah hidup .. kesungguhan yang terletak pada diri kita akan menjadi kesinambungan kepada sebuah kehidupan . dunia dan hari yang di janji Nya pasti akan mengundang kesedaran yang hakiki . Insyaallah .

::Sahabat::

ku ambil kesempatan ini untuk menceritakan kisah kami (sahabat2 seagamaku) yang banyak bawa erti kehidupan sebenar . kami sama-sama saling mempunyai arah hidup yang pasti .. apa sahaja yang dilakukan semuanya 'BERSAMA'. Lalui perit getir kehidupan yang banyak membawa pengenalan pada hidup . kebimbangan untuk mengecewakan keluarga sudah semestinya ada pada setiap diri kami . kami juga tidak pernah lari daripada rungutan dan juga rintihan . tetapi tiba pada satu saat di mana kami terhantuk dan tersentak atau dalam erti kata lain tersedar akan adanya alam lain yang perlu kami tuju untuk mencapai kejayaan . Alam itu sesiapa yang mengalami sahaja yang tahu . kehadiran NUR atau cahaya daripada Allah menerangi hidup kami semula yang pada suatu ketika dahulu pernah gelap . tapi kini jalan kami terarah dan akhirnya menuju kepada sesuatu yang pasti .. iaitu dengan adanya kwujudan yang Abadi kami memilih jalan yang sempurna di mata Nya . kasih dan sayang Allah pada kami masih ada , dan tidak akan lagi kan mensia-siakan nya . insyaallah . keinginan ku untuk mengikuti sahabat ku menuju ke jalan Allah(belajar agama 'Hafizah') tidak tercapai dengan adanya beberapa halangan . tetapi disini , di saat aku dalam kesendirian aku sedang berusaha mengabdikan diri ku kepada Nya atau sesuatu yang pasti . banyak lagi yang perlu ku pelajari , banyak lagi yang perlu ku jalani .. dan aku pasti dengan keinginan dan niat yang masih ada dalam diriku akan membawa aku untuk mengikuti jejak mu , kerana aku sudah berjanji padamu wahai sahabatku .. kita akan melakukan ini bersama - sama . yakinlah akan ada masanya aku juga turut serta . dunia ini hanya sementara . dan harapan ku untuk pergi ke sana pasti akan dimakbulkan Allah . mungkin yang ku perlukan hanya masa . insyaallah .

"AKU PASTI KEJAYAAN MILIK KITA BERSAMA"

Sahabat ,
mengenal mu adalah sesuati yang indah .. keabadian persahabatan yang terjalin pasti tersemat di hati . percayalah bahawa doa akan sentiasa ada untuk mu sahabat .. bahagia dengan kesungguhan ini . tersenyum dengan perubahan ini . :') Alhamdulillah tuhan itu menyayangi kita . kejayaan kita pasti akan terbukti di mata Nya .. insyaallah .

Semoga niat kita diteguhkan dan diabadikan di dalam diri . AMIN .

Aizat ( kau dan aku) lirik

Kau dan aku ,adalah satu
Tak kira apa
Segala rintihan aku ,engkau selalu ada
Biar kata memisah kita
Biarkan saja
Kerana terbiasa

Chorus :
Mengejar mimpi ,yang pasti akan aku
Sentiasa merasa kehilanganmu
Ku akan tunggu saat bertemu
Tiada henti
Walau dimana kita berdiri
Di dalam dunia ini
Biar sampai akhirnya nanti

Semua tak terang di mataku ,walau warnanya menyala
Ingin merasa namun aku takkan cuba
Biar kata memisah kita
Biarkan saja
Kerana terbiasa

Mengejar mimpi ,yang pasti akan aku
Sentiasa merasa kehilanganmu
Ku akan tunggu saat bertemu
Tiada henti
Walau dimana kita berdiri
Di dalam dunia ini
Biar sampai akhirnya nanti
Biar sampai akhirnya nanti

http://www.liriklagupopular.blogspot.com

Monday, March 7, 2011

CAHAYA HIDUPKU ~ EBITH BEAT FEAT NUNU + LIRIK



Firstly , i conclude this song as 'NICE' , WONDERFUL , MEANINGFUL .
si lelaki tersedar akan kewujudan seorang wanita dengan 'cahaya' nya yang tersendiri yang mampu menerangi hidup nya, menyedari bahawa wanita itu jauh lebih baik dr wanita yang pernah dikenalinya. Namun atas dasar cinta suci si wanita terima kembali cinta nya dan memohon agar tidak ditinggalkan lagi .
apa yang ada pada seorang WANITA itu sukar diungkapkan , wanita yang suci akan tetap bersinar dengan CAHAYANYA YANG TERSENDIRI . so boys .. appreciate the woman u love ..

pcayalah penyesalan akan berakhir dengan sesuatu yang indah . "anda mampu mengubahnya!"

semoga dpt di jadikan iktibar utk kaum2 yang tdk tau m'hargai . ALLAHU akbar .
AMIN .

Nidji - Jangan Lupakan (HIGH QUALITY-Better Enhanced Audio)




ku berjalan terus tanpa henti
dan dia pun kini telah pergi
ku berdoa di tengah
indahnya dunia
ku berdoa untuk dia yang kurindukan

jangan pernah lupakan aku
jangan hilangkan diriku
jangan pernah lupakan aku
jangan hilangkan diriku
jangan pernah lupakan aku ..

("_")

SELAMAT TINGGAL AKHIRNYA




akhirnya ..

Kisah yang indah ..
kisah kita berdua ..
berakhir jua ..
Kisah kita terganti dengan kisah yang lebih indah ..
terganti dengan rasa cinta pada Allah .
alhamdulillah .

kita mampu berakhir dan bahagia dengan sesuatu yang lebih 'INDAH'
TERSENYUMLAH ..

Saturday, March 5, 2011

Mungkin NANTI ..


Mungkin Nanti ..

pasti semua nya akan terlerai ..
aku kan pasti menemukan kegembiraan & kejayaan ..
bukan saja untuk aku bahkan sahabat-sahabat ku juga ..
Aku sedari apa yang ada kini , akan menjadi sangat bearti ..
pasti kan di ketahui mengapa terjadi ..
setiap kejadian di dunia ini ada cerita disebaliknya dan akan menjadi kesinambungan kepada sebuah kehidupan.
waktu tak berhenti .. tiap detik yang berlalu takkan kembali .
Berserah lah ..

dunia ini berputar dan akan terus berputar .. apa yang terjadi kini mungkin juga nanti akan terjadi lagi .. maka bersedialah dengan ketentuan Nya . cuma masa saja akan menentukan bagaimana kita menerima dugaan yang sama itu dikemudian hari . mungkin saja cara kita menerima akan berlainan dari yang sebelumnya . sebagai insan yang baru mahu menapak pada dugaan yang maha hebat dan bakal menjadi lebih hebat hanya mampu bertahan dan mengukuhkan keimanan serta kesabaran untuk tetap berdiri . bunga yang mekar akan layu dan akan mekar kembali bila tibanya matahari . Yakinlah bahawa semua ini adalah sebuah proses untuk terus menjalani kehidupan . jangan la menyerah .. kita hidup di dunia yang sementara, maka ambillah setiap kesempatan yang ada untuk perbaiki keadaan .

mungkin nanti .. cerita dan kisah hidup ku akan menjadi sesuatu yang indah .
mungkin nanti .. cerita dan kesungguhan kami akan menjadi pembakar semangat kepada insan yang akan melalui kisah yang sama seperti ini.

sentiasa ada kemungkinan dan kemusykilan hidup di dunia yang fana ini . pengabdian kita kepada Nya akan menentukan segala-segalanya .

dan MUNGKIN NANTI semua ini akan membawa kepada kejayaan yang abadi .
Hati akan pasti mampu tersenyum bak bunga yang mekar walaupun akan layu akan mati .





Friday, March 4, 2011

aku jatuh cinta ~



aku jatuh cinta ..
itu lah kata-kata yang keluar dari mulut ku ..
cinta kepada siapa?
cinta pada Allah .

aku buka 'youtube' lantas saja lappy ni ku pegang ..
tergerak ingin mendengar lagu-lagu syahdu ..
searching punya searchingg .. jumpa lagu yang buat aku terhantuk seketika ..
Ya Allah .. syahdunya ..
merdu dengan kata-katanya .. tanpa ku sedari airmata mengalir dengan laju menitis ke pipi .
dalam kegelapan malam yang pekat ku iringi dengan lagu-lagu ketuhanan ini ..
Subhannallah ..
perasaan ini tidak mampu ku gambarkan ..
cinta ku kepada Mu Ya Allah tidak pernah kering ..
cuma terkadang aku leka .. aku terlupa ..
betapa jahil nya aku sbgai manusia ..
Ya Allah .. kenapa mesti kita dibuai dengan keasyikan dunia ..
sedangkan kita tahu yakni dunia ini hanya sementara ..

Lagu-lagu syahdu ini ku hayati setiap bait-bait liriknya ..
penuh makna .. menusuk di dada ..
bagai tertikam diri sendiri ..
tertusuk sanubari ..

dalam lelah dalam resah ..
mencuba mengerti mengapa di uji ..
astaghfirullahalazim ..
teringat kembali dengan kata kata ustazah yang pernah mengajar ku dulu ..
setiap dugaan dan ujian itu diberikan agar kita mengingati Nya ..
kerana jika kita terus menerus mengecap kebahagiaan .. terkadang kita lupa .
itu saja cara Allah menyedarkan kita .

rinduu .. rinduu pada Mu ..
terlalu merindui Mu Ya Allah ..
syukur pada Mu Ya Allah kerana masih diberikan nikmat MerinduiMu ..

Ya Allah aku pohon Engkau tenangkan lah jiwa ku yang meronta ..
temukanlah aku dengan cinta sejati .. astaghfirullahalazim..
hebatnya dugaan Mu ..



Di mana cahaya Nya ?
Di mana sinar Nya ?
pasti kan ku temu sekiranya Jiwa ini terus bertasbih kepada Nya .

Dalam teguh kadang tanpa kita sedar kita sebenarnya lemah ..
tumpas dalam genggaman ..
tercabar keimanan ..
terjatuh dalam kolam tandus kegersangan ..
senada iman kadang tersimpan derita ..
bersimpuh la pada Nya ..

Ya Allah ..
Hati ini .. jiwa ini .. memerlukan Mu .

bersyukur dengan semua lagu-lagu syahdu berunsur ketuhanan ini ..
Berterima kasih juga pda pencipta lagu-lagu tersebut ..
sungguh sangat menyentuh hatiku pada ketika aku menulis semua ini ..
tangisan ku adalah bukti kehebatan lagu-lagu tersebut yang juga datang nya dari ciptaan Allah .
Alhamdulillah .

cuba klik link-link di bawah ini ..
nescaya hati kamu juga bakal tersentuh seperti ku ..
aku percaya kamu akan merasa sepertimana yang aku rasa .
InsyaAllah .



antara lirik yang buatku tersentuh .

Song : buka mata buka hatimu
By : opick

Buka mataku buka hatiku
Alloh terangilah
Hidupku dengan sinarMu

Aku meraba tak berdaya
Tanpa rahmadMu aku hina

Beribu dosa telah terjadi
Bewarnai langkahku
Hitam diri
Hitamlah hari yang lalu
Gila tanpa cahayaMu
Gelap seluruh hidupku
Tak berdaya tak berarti sia-sia

Tak mungkin bisa ku sempurna
Mencintaimu seperti ke-Maha-anMu
Diri yang hina berlumur noda
Hanya bersimpuh
Memohon belas kasihMu

Beribu dosa telah terjadi
Bewarnai langkahku
Hitam diri
Hitamlah hari yang lalu
Gila tanpa cahayaMu
Gelap seluruh hidupku
Tak berdaya tak berarti sia-sia

Buka mataku buka hatiku
Alloh terangilah
Hidupku dengan sinarMu


http://musiklib.org/Opick-Buka_Mata_Buka_Hati-Lirik_Lagu.htm


ALLAHU AKBAR .
T_T

Thursday, March 3, 2011

Semua tentang kita video ..

song : semua tentang kita
by : peterpan


video

Waktu terasa semakin berlalu
Tinggalkan cerita tentang kita
Akan tiada lagi kini tawamu
Tuk hapuskan semua sepi di hati

Teringat di saat kita tertawa bersama
Ceritakan semua tentang kita

Reff:

Ada cerita tentang aku dan dia
Dan kita bersama saat dulu kala
Ada cerita tentang masa yang indah
Saat kita berduka saat kita tertawa

Doaku , hatiku ..




Hari ini ku bangkit dari tidur dan menyedari tiada lagi kata-kata indah ucapan manis dari dia .. ku biarkan jaga ku diiringi dengan tangisan penuh duka .. pedih itu yang ku rasa .
Hari ini ku kuatkan kaki melangkah .. mencuba melupakan semua .. semua bait-bait kenangan indah yang pernah tercipta antara kami berdua .
Hari ini ku bangun dari jatuhku mencapai sejadah yang terlipat kemas .. lama tidak ku sentuh .. ku basahkan diriku dengan air suci .. meminta pada yang esa .
Hari ini ku bersuara tanpa ada yang mendengar .. tatkala dulu , andai ku bersuara dia lah yang setia mendengar .. kini tiada lagi bayangannya .
Ya Allah .. aku insan biasa . ketabahanku ada batasnya .. kadang ku jatuh , kadang ku kuat , kadang ku lemah ..
Kugagahi kaki melangkah .. setiap detik silih berganti .. berputar tanpa henti .. aku masih lagi disini penuh duri ..
Ku menangis .. menangis lagi .. hilangnya tiada ganti ..
Meski waktu datang dan berlalu sampai ku tidak bertahan ..
Apakah mampu masa itu merubah segalanya? Keyakinan ku , ku ragui ..
Aku tak mampu berdiri tanpa dia membangunkan ku ..
Kali ini ku terjatuh tanpa dia .. ku berdiri sendiri ..
Menjalani hidup sendirian ..
Berjalan tanpa henti mengharungi badai yang melanda .. perjalanan ku penuh dengan kenangan bersamamu .. apa perlu ku berjalan lagi sampai ke akhir garisan sehingga tiada lagi bayangmu ?
Hentian ku .. perjalanan ku .. tetap ada kamu ..
Akhirnya kami ada di akhir yang menyakitkan ..
Walau ku sedar kami telah melangkah terlalu jauh .. semua itu tiada erti nya lagi .. jauhpun hubungan kami ia tidak mugkin akan kekal seperti yang kami mahu ..
Biarpun cinta itu masih ada .. tersimpan rapi di dalam hati .. semua tiada artinya lagi .. terpaksa di buang jauh tanpa kembali ..
Tangisan ku tiada makna .. kerana ia tak kan mampu membawanya kembali ..
Kesedihan ku tiada guna .. kerana ia tak kan mampu memintas sepi ..
Ya Allah .. berikan lah aku kekuatan untuk harungi hari – hari yang mendatang .. tiada lagi tempat ku mengadu selain kepada Mu Ya Allah . andai ini balasan yang ku terima .. maka berilah aku ketabahan menghadapinya .. ampunilah kami .. ampuni lah aku kerana tidak mampu lenyapkan perasaan ini . hanya Engkau yang mampu melenyapkan nya Ya Allah . aku hamba Mu yang lemah yang tidak lari dari kegelisahan , kesilapan , kesedihan , dan keraguan .. lindungilah aku , teguhkan lah imanku .. aminnnnnnn….

P/S: Kepada mantan kekasihku,

Semoga kau akan tabah jalani hidupmu .. teruskan lah perjuangan dan impian mu .. kita pasti mampu hadapi ini semuaa .. lupakan lah aku .. lupakan semua yang pernah kita bina .. kejayaan mu adalah kegembiraan ku .. perubahan mu adalah kesenangan bagiku .. bawalah cinta kita ke cinta yang lebih layak di mata Tuhan . semoga kau pertemukan seseorang yang akan mampu membahagiakanmu .. semoga cinta yang bakal kau terima adalah cinta yang benar-benar suci dan sejati .. semoga apa yang pernah kita rasa .. keindahan cinta yang pernah kita ada akan beralih kepada yang lebih layak menerima .. aku akan selalu mendoakan kau di sana .. mendoakan agar kau akan Berjaya melupakan ku .. melupakan cinta ini yang tak kan bisa bersemadi .. gapailah impian mu setinggi –tingginya .. nun jauh di sana akan kau temu sinar bahagia yang sejati di hati .. Allah yang suci yang sentiasa menemani .. airmata ku yang penuh kesedihan ini merelakan kau pergi .. diiringi dengan kegembiraan di atas keputusan mu .. Alhamdulillah ..

Aku .. biarlah aku hanyut di bawa arus yang deras .. akan ku terus hanyut di layari ombak resah .. biarlah hanyut ini membawa aku ke sesuatu yang beerti .. biarlah ombak ini terus menghempas diri dan membawa ku ke sesuatu yang pasti .. biarlah ku susuri jalan ini penuh liku .. pasti aku akan berjaya mengharungi nya . aku akan berjaya dengan kehendak Allah . akan ku mencuba mengutuhkan hati melayar bahtera yang abadi .. ku relakan semua yang berlaku .. hapuskan lah bayangan resah .. bahagiakan lah dia .. aku tak mahu terus menyakitinya dengan kesedihanku .. biarpun berat menerima .. aku harus tabah jalani .. cinta ini terlalu dalam sehingga aku tak mampu meleraikan nya .. tapi apakan daya .. cinta ini tak akan kekal abadi .. biarlah ku lepaskannya kini .. daripada ku terus ditipu helah yang tak pasti ..
Biarlah dia kekal menjadi sahabat yang ku sayangi .. biarlah dia kekal berdiri melihat ku dari jauh .. biarlah dia dikurniakan cinta yang abadi .. biarlah dia terus melayari hari hari nya dengan bertemankan doaku .. aku redha .. ALLAHU AKBAR ..

PASTI KEJAYAAN MILIK KITA BERSAMA.

:: DOA ::
Allahumma innii As. Aluka hubbaka wa hubba man yuhibbuk, wal ‘ amalal ladzii yuballighunii hubbak. Allahumaj’al hubbaka ahabba ilayya min nafsii wa ahlii wa minal maa-il baarid .
Artinya:
Ya Allah , sesungguhnya saya mohon kepada Mu untuk tetap mencintai kepadaMu , dan orang yang Engkau cintai , serta dapat beramal yang menyampaikan kepadaku untuk mencintai kepadaMu. Ya Allah berkenan lah kiranya ENGKAU menjadikan cinta kepadaMu melebihi cintaku terhadap diriku sendiri, keluargaku dan dari air yang sejuk .

Robbisyroh lii shodrii , wa yassir lii-amrii , wahlul ‘uqdatan min lisaanii , yafqohuu qowlii . waj’al lii waziiro min ahlii , haaruuna akhii . usydud bihii-azrii , wa asyrik . Hu fii-amrii . kay nusabbihaka katsiiroo , wa nadzruko katsiiroo . Innaka kunta binaa bashiiroo .
Artinya :
Ya Allah berkenanlah kiranya ENGKAU melapangkan dadaku , dan permudahkanlah urusanku , dan melepaskan kekakuan lidahku, agar supaya mereka faham ucapanku . Dan berkenanlah kiranya ENGKAU menjadikan untukku seorang pembantu dari keluargaku , iaitu Harun saudaraku . Dengannya teguhkanlah kekuatanku , dan jadikanlah dia sebagai kawan dalam urusanku . Agar kami senang bertasbih sebanyak-banyaknya kepadaMu , dan berdzikir sebanyak-banyaknya pula kepadaMu . Sesungguhnya ENGKAU Maha mengetahui dengan keadaan kami .
Amin .


Tuesday, March 1, 2011

kau takkan terganti



Ya Allah ..
kali ini aku menadahkan tangan ku memohon agar Engkau kuatkan la hatiku ..
tabahkan jiwa ku .. hadapi dugaan ini ..
Ku akui .. aku tidak berdaya hadapi ini ..
ku akur dengan ketentuan Mu ..
aku redha ..
aku relakan dia pergi ..
aku lepaskan diaaa ..
aku leraikan perasaan ini yang telah lama membungkam di hati ..
ini saja jalan nyaa ..
akan ku hentikan segala yang pernah ku rasa ..
tidak ku nafi .. sungguh berat dugaan ini ..
tiada daya dan upaya ku melainkan pertolongan Mu ..
biarkan la saja diriku sendirian tanpa dia ..
biarkan la saja aku merindu sekian lama ..
terpisahnya kami kerana mengejar impian yang pasti ..
harapan yang pernah kami bina akan menjadi bait-bait kenangan indah yang akan terkubur ditimbus tanah ..
Biarlah dua jiwa ini menjadi misteri dan menjadi tanda tanya ..
siapa mereka untuk menilai kita ?
Ya Allah ku pohon padamu ..
tabahkan hati kami ..
kurniakan la kami sesuatu yang pasti ..
temukan lah dia (orang yg ku syg) dengan cinta suci & cinta sejati ..
yakni sesuatu yang pastii ...


AKU RELAKAN DIA PERGI..

P/S : dulu di ruangan semua yang ku tulis tentang dirinya .. kebahagiaan kami .. dan segalanya tentang kami ..
tidak tersisa walau sedikitpun ..
dulu ketika meniti titian usang .. dirinya yang berdiri berjalan bersamaku ..
dulu ketika ku ingin menulis sesuatu .. akan ku tulis kisah tentang dirinya ..

tapi kini .. dan mulai saat ini .. semua perkara akan menjadi sangat berbeza ..
tidak akan lagi pernah sama seperti dulu ..
yang lalu biarlah berlalu ..
biarlah berlalu diiringi sebuah doa yang tak pernah putus - putus ..
yang hilang biarlah hilang menjadi sebuah kenangan yang paling indah ..
Tinggalkan lah aku ..

Next time i will need YOU .. but i will need u as a friend ..
Next time i will love YOU .. but i will love u as a human ..
i will always LOVE YOU sahabatku ..

ku doakan kebahagiaan mu ..
teruskan perjuangan mu ..

:: SONG ::
Semua tentang kita



Fleet like a butterfly & grow like a flower ! Look Forward & have courage onto anything u do . :)