Wednesday, March 9, 2011

Hijab Pada Hati

::Membenteng peribadi kita::


Kalau peribadi telah terbangun dan diberi benteng yang tidak mudah runtuh kembali, sudahlah masanya kita menceburkan diri ke tengah pergaulan ramai. Kekuatan peribadi bukanlah maksudnya untuk menyisihkan diri dari orang yang banyak. timbulnya peribadi adalah setelah dibawa ke tengah. Barang yang telah dibawa ke tengah ialah barang yang sudah dibangun, dan dia selalu wajib dibersihkan, digosok terus dan diberi cahaya terus. (Surah Al mu' minun)



kehadiran insan-insan yang berhati besar, membuka lembaran ku tiap-tiap hari untuk menulis . kesungguhan dalam meniti titian ini memberi sejuta ketabahan kepada diriku untuk terus melangkah dan mengembara ke dalam hati sendiri. cuba memahami apa yang tersirat di hati dan mungkin lama membungkam yang tiada tempat untuk dicurahkan. keyakinan yang ada pada diri telah membawa ku untuk memasang dan merancang pelbagai niat yang suci yakni sesuatu yang diredhaiNya mahupun sesuatu yang membawa aku ke jalan Nya yang benar. niat itu telah lama ada dalam fikiran dan hati, hanya tinggal untuk dilaksanakan sahaja. ku biarkan saja waktu mengatur segalanya. nawaitu untuk menutup aurat sepenuhnya di khalayak ramai telah lama terpatri. telah lama ada keinginan seperti itu, cuma mungkin ku perlu masa yang berharga ini untuk membetulkan niat, menyucikan jiwa , membersihkan hati, meyakinkan diri, dan mengukuhkan iman. apa yang ku mahu ialah bahawasannya memakai tudung dan menutup aurat itu adalah kerana Allah swt dan bukannya untuk berselindung dan menutup diri daripada terlihat oleh orang ramai dan bukannya menutup kerana ikhlas atau dengan niat ingin menutup aurat kerana Allah swt. benteng peribadi yang ada mungkin masih belum cukup kuat. bagiku, biarlah rambut dan anggota badan itu ditutup sebagaimana kita ingin menutup pintu hati kita yang kotor , sebagaimana kita ingin menutup pintu hati kita daripada melakukan sesuatu yang salah atau mungkar di sisi Allah . sukacita ingin kujelaskan pendapat ku ini sekiranya ada kekeliruan, bukan lah maksudku kita kaum wanita tidak perlu memakai tudung sewaktu kita cuba ingin menyucikan jiwa , kerana ada juga yang sedang menyucikan jiwa ketika dia sudah memakai tudung dan ada juga yang sedang menyucikan jiwa ketika dia belum memakai tudung . semua bergantung kepada keperibadian masing-masing. ada juga hamba Allah yang walaupun dia tidak bertudung tapi hatinya sangat mulia dan tidak sesekali melupakan tuhan. di situlah kita dapat lihat benteng keperibadian seseorang .cuma langkah paling terbaik dan memang sudah sesungguhnya suruhan Allah dan agama kita bahwa wanita mestilah menutup auratnya agar terhindar dari dosa. membuka aurat itu adalah dosa . apa yang ku mahu juga adalah untuk tidak mencemarkan agama ku sendiri apabila tudung atau hijab itu sudah menutup auratku , kain itu sudah menutup tubuhku. kerana 'tudung' atau 'hijab' itu adalah tanda bahawa engkau ialah seorang muslim . jadi dengan itu , orang-orang yang melihatmu tahu bahawa engkau adalah seagama dengan mereka (orang islam), dan sudah semestinya kamu tidak mahu melihat perkara yang tidak elok apabila seseorang itu sudah memegang nama islam pada tubuh badan nya dengan memakai tudung. apa yang ingin kamu lihat adalah sesuatu yang elok sebagaimana eloknya dia memakai hijab pada dirinya . sudah semestinya kamu tidak ingin sahabatmu mencemarkan agama yang turut kamu pegang , bukan begitu? biarlah perangai , tingkah laku kita dijaga apabila hijab sudah menutupi diri. kalau masih ingin menikmati dunia dan merasakan belum sampai masanya , lebih baik tidak payah memakai tudung kerana itu sama sahaja dengan mempersendakan agama sebagaimana setiap helai rambut di hitung sebagai suatu dosa. tingkah laku seperti melakukan perkara (dosa) sedangkan dia itu adalah wanita islam yang memakai tudung, itu sama sahaja dengan mengkhianati agama sendiri.(dari apa yang ku baca) beringat la bahawa sekiranya, tudung itu dipakai mestilah dengan Niat ingin menutup aurat mu kerana Allah swt. astaghfirullahalazim, minta maaf sekiranya saya menyinggung hati sesiapa yang terbaca. saya juga sebagai hamba Allah yang tidak sempurna , tidak pernah lari daripada melakukan kesalahan-kesalahan(dosa-dosa kecil atau besar). tetapi tidak lah pernah tudung atau hijab itu saya persendakan hingga boleh mendatangkan fitnah orang.(insyaAllah semoga dijauhkan daripada fitnah orang yang salah menilai). apabila berhadapan dengan tuhan dan memohon ilmu yang suci daripada Allah swt, aku akan lengkap dengan hijabku, tudungku . tetapi mungkin sahaja aku belum bersedia untuk memakai nya sewaktu berada di khalayak orang ramai dan dengan perlahan-lahan akan ku cuba mengubahnya . sudah sememangnya niat suci itu sebati dalam hati ku sejak sekian lama. INSYAALLAH . dengan Izin Nya , hijab itu akan terlihat menutupi diri dengan sempurna sekali . akan ku titip artikel yang ku tulis ini sebagai peringatan akan sebuah janji bila aku terlupa kembali . insyaAllah .




What is Hijab ?
The majority of the so-called Muslim countries use the Arabic word "Hijab" for "Muslim" dress, and it has come to mean that women must cover everything except their eyes. This is exemplified in Afghanistan now, or more moderately, in Iran and some other "Muslim" countries where the women cover all of their bodies except face and hands. But the word "Hijab" has nothing to do with Muslim dress. As we will see, "Hijab" in the Quran means a combination of physical and spiritual barriers. In some "Muslim" countries, a woman’s space is also decreed by using the word hijab. She is asked to stay home and not leave the house. All the above restrictions have come about because of the misunderstanding of the verse 33:53 where the Almighty says to speak to the prophet’s wives from behind a barrier (hijab). Let us go to the source.

insyaAllah .. semoga tudung @ hijab yang bakal mengusung nanti diberi kesempurnaan dan Semoga perubahan dan cara pemakaian tidak jadi bahan perbualan orang kelak .
Doa-doa kamu juga ku perlukan wahai sahabat-sahabat ku agar niat ini kukuh berdiri dan berjalan dengan sempurna . Tidak perlu aku memberi pengenalan tentang siapa aku yang sebenarnya, biar orang yang terdekat atau keluarga terdekat sahaja mengenali asal-usulku, kerana apa yang perlu kamu tahu sahabat-sahabat seagamaku ialah bahawa Ayah ku merupakan seorang mualaf dari Eurasian (seorang ayah yang telah meninggalkan ku) , namun hidup ku masih sempurna dikelilingi oleh keluarga dan saudara mara sebelah ibuku dan juga kawan-kawan yang berada disekelilingku yang memang taat kepada ajaran islam dan telah lama menapak di Sabah, Malaysia sebagai orang tempatan. :))) Aku bahagia dikelilingi orang-orang yang menyayangi ku .

ini adalah link dan video yang ku jadikan sebagai iktibar dan diberikan kepada anda untuk menilai baik dan buruknya .


:: DOA ::
Allahumma innii As. Aluka hubbaka wa hubba man yuhibbuk, wal ‘ amalal ladzii yuballighunii hubbak. Allahumaj’al hubbaka ahabba ilayya min nafsii wa ahlii wa minal maa-il baarid .

Artinya:
Ya Allah , sesungguhnya saya mohon kepada Mu untuk tetap mencintai kepadaMu , dan orang yang Engkau cintai , serta dapat beramal yang menyampaikan kepadaku untuk mencintai kepadaMu. Ya Allah berkenan lah kiranya ENGKAU menjadikan cinta kepadaMu melebihi cintaku terhadap diriku sendiri, keluargaku dan dari air yang sejuk .

Robbisyroh lii shodrii , wa yassir lii-amrii , wahlul ‘uqdatan min lisaanii , yafqohuu qowlii . waj’al lii waziiro min ahlii , haaruuna akhii . usydud bihii-azrii , wa asyrik . Hu fii-amrii . kay nusabbihaka katsiiroo , wa nadzruko katsiiroo . Innaka kunta binaa bashiiroo .

Artinya :
Ya Allah berkenanlah kiranya ENGKAU melapangkan dadaku , dan permudahkanlah urusanku , dan melepaskan kekakuan lidahku, agar supaya mereka faham ucapanku . Dan berkenanlah kiranya ENGKAU menjadikan untukku seorang pembantu dari keluargaku , iaitu Harun saudaraku . Dengannya teguhkanlah kekuatanku , dan jadikanlah dia sebagai kawan dalam urusanku . Agar kami senang bertasbih sebanyak-banyaknya kepadaMu , dan berdzikir sebanyak-banyaknya pula kepadaMu . Sesungguhnya ENGKAU Maha mengetahui dengan keadaan kami .
Amin .


Inspired by ,
Tafsir Al-Azhar (Tafsir Al-quran, Juzu 18-19-20-21) Book .

No comments:

Post a Comment

Fleet like a butterfly & grow like a flower ! Look Forward & have courage onto anything u do . :)